Followers

Tuesday, November 22, 2011




Kisah ini datang dari lubuk hati saya dan apa yang saya alami sendiri.  Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya.
Kisah ini ingin saya kongsi bersama rakan-rakan agar apa yang saya lalui tidak berlalu bergitu sahaja. Pengalaman ini menjadi panduan hidup saya untuk hari2 yg mendatang .

Seperti orang lain , saya juga menpunyai keinginan untuk menyayangi dan disayangi . walau bagaimanapun, bukan mudah untuk saya jatuh cinta kepada seorang lelaki.

Saya tidak mencari seorang lelaki untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh menjadi imam kepada sayay dan anak2 saya , seseorang mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting lelaki yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Ketika di bangku sekolah , hidup saya penuh dgn prinsip yg kadang2 saya rasa ianya keterlaluan terutamanya dalam soal percintaan. Bila saya melihat kawan2 bercinta macam seronok, hidup mereka bagaikan dalam  kisah2 dongeng.

Semasa di sekolah,banyak perkara yang saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali lelaki-lelaki dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh.

Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, berpenampilan menarik dan sentiasa menjaga batas batas pergaulan antara wanita dan juga tutur katanya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman .

Sedangkan saya hanya seorang gadis biasa yang agak nakal. Tetapi apabila melihatnya hati saya sejuk kerana belum pernah saya melihat lelaki sebaik itu.

Saya melihat dia sebagai seorang lelaki yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan.

Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang mukmin sejati. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.

Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, kami berkesempatan untuk berbual bersama. Banyak perkara yang dibualkan, dia bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia seorang baik hati. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah wanita pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.

Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, dia menghubunginya kembali dan menyatakan hasratnya secara halus. Saya tergamam dan terasa gembira yang amat sangat tetapi tidak saya zahirkan.

Alhamdulillah, hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.

kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap dan melalaikan. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya. Saya yakin dialah jodoh yang terbaik untuk saya yang hanya seorang gadis yang memerlukan bimbingan dari seorang lelaki spertinya .

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them."

"So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited."

"You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.

Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya.

Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham.

Walaupun air mata seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang.

Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan Alhamdulillah hidup saya telah berubah. Saya sudah menutup aurat dengan baik, menjaga maruah dan pergaulan saya . saya juga boleh bercakap tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini sangat perit untuk saya, saya hanya mampu berdoa ada jodoh antara kami.

Saya seorang wanita dan saya hanya berserah kpd ALLAh. Hanya allah yang mengetahui selebihnya .





** sebaga seorang muslim, apa pon yang kita lakukan byklah merujuk kpd allah kerana allah lbih mngetahui apa yang bakal berlaku dalam hidup kita.
** "Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

**rekaan semata2 tidak ada kaitan antara hidup dan mati :)











No comments:

Post a Comment